Apa Itu VPN? Kenapa Dan Cara Gunakannya

berita

Apa Itu VPN? Kenapa Dan Cara Gunakannya

VPN, singkatan kepada Virtual Private Network, ialah beberapa rangkaian komputer dan rangkaian persendirian (private network) dihubungkan melalui rangkaian awam (public network) atau internet. Ia menjadikan komputer jarak jauh yang mengakses rangkaian tertentu seperti berada ditempat yang sama dengan rangkaian tesebut, dan sambungan tersebut disulitkan.

Sebagai contoh, rangkaian dalaman (intranet) di sebuah pejabat boleh diakses oleh seorang pekerja sejara jarak jauh menggunakan VPN. Ia membenarkan individu tersebut mengakses komputer, server dan peralatan lain seperti dia berada di pejabat tersebut. Dan sambungan tersebut selamat kerana disulitkan (encrypted).

VPN membina sambungan point-to-point di antara komputer/server pertama dan kedua melalui sambungan khas terowong maya yang dipanggil tunneling protocols atau secara penyulitan trafik (traffic encryption).

Kerana penyulitan ini, aktiviti pengguna VPN tersembunyi daripada pemantauan penggodam, penyedia servis internet (ISP) seperti Telekom Malaysia, mahupun kerajaan sesebuah negara https://vpn.co.id .

Dengan VPN juga lokasi seseorang boleh disembunyikan. Jika anda menggunakan pelayan VPN yang berada di Rusia, lokasi anda di atas talian akan menunjukkan anda berada di Rusia. Jika sekarang anda tidak menggunakan VPN, lokasi anda mudah diketahui. Lihat bagaimana lokasi anda boleh didedahkan di sini.

Contoh penggunaan VPN di bawah mungkin membantu anda untuk lebih faham fungsi dan kelebihan VPN.

Kenapa Gunakan VPN?
1. Melepasi halangan akses kawasan (geo-restriction) dan Firewall.

Beberapa laman web dihalang daripada diakses di Malaysia. Anda gunakan pelayan VPN berada di UK contohnya, apabila anda mengakses laman web tersebut, ia seperti orang di UK yang akses, jadi halangan tersebut tidak berkesan kepada anda.

Sama juga jika sesetengah laman web yang tidak dibenarkan akses daripada negara lain. Seperti dahulu Netflix tidak boleh di akses di Malaysia. Jadi ramai yang menggunakan pelayan VPN yang berada di US, laman Netflix anggap pengguna tersebut berasal dari US, jadi akses dibenarkan dengan kandungan Netflix juga mengikut spesifikasi untuk penduduk US. Menarik bukan ? ?

2. Privasi

Sesetengah individu memilih untuk menyembunyikan lokasi semasa melayari internet atau menggunakan perisian/permainan yang bersambung dengan internet. Ini mungkin kerana mahu mengelak dikesan pihak pengurusan pejabat atau kolej/universiti. Juga mungkin individu yang melayari laman web sensitif, atau melakukan aktiviti tidak sah seperti muat-turun bahan langgar hakcipta (movie, perisian dan sebagainya).

3. Keselamatan semasa menggunakan internet awam

Apabila anda menggunakan internet awam seperti di restoran, McD, kedai mamak, hotel, pusat membeli belah dan sebagainya, anda terdedah kepada kecurian data. Ini kerana sambungan Wifi boleh dipintas datanya oleh sesiapa saja dengan sedikit kemahiran teknikal. Dengan VPN, sambungan tersebut disulitkan, jadi sesiapa yang cuba memintas hanya mendapat data yang rosak dan tidak berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *